Saturday, 19 February 2011

INSURANS NYAWA & KAD PERUBATAN - Apa pandangan umum?

SITUASI 1
Adam, merupakan seorang Pengurus Pengiklanan yang baru sahaja memperolehi pekerjaan dengan salah sebuah syarikat terkemuka di ibu negara. Adam telah dihubungi  oleh Zaki, sahabat baiknya sewaktu dibangku sekolah. Mereka akan berjumpa sambil minum-minum di KLCC. Zaki mencadangkan kepada Adam agar dia mengambil perlindungan insurans sebagai salah satu cara untuk melindungi pendapatannya. “I don’t think I need insurance. Company aku dah cover everything!”

APA SILAPNYA PADA KEPUTUSAN ADAM?

SITUASI 2
“Savings aku banyak. Apa-apa jadi kat aku, aku boleh guna duit yang aku simpan tu”. Itulah kata-kata Amran, seorang usahawan berjaya yang telah berkahwin dan mempunyai tiga orang cahaya mata.

BETULKAH APA YANG AMRAN FIKIRKAN?

SITUASI 3
Intan seorang yang berpendidikan tinggi tetapi tidak percaya pada syarikat insurans yang menawarkan perlindungan nyawa. Baginya, insurans hanyalah satu penipuan dan mendatangkan keuntungan hanya kepada syarikat insurans. “ Bila dah ambil insurans, itu tak cover ini tak cover. Kalau dapat pampasan pun tak seberapa”

BENARKAH KENYATAAN INTAN?

-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-o-

Kata-kata diatas adalah ucapan yang sering saya dengar bila bercakap tentang insurans. Saya juga pasti ada diantara anda yang berfikiran seperti diatas ataupun pernah mendengarnya dari keluarga anda sendiri, kawan-kawan atau sesiapa sahaja. Sebenarnya, memang tidak dinafikan yang saya juga PERNAH berfikiran seperti itu. Tetapi, apa yang berlaku disekeliling saya telah mengubah cara pemikiran saya dan membuka hati saya untuk membuka blog ini. Bukan untuk menunjuk pandai ataupun untuk tujuan promosi, tetapi untuk memberi kesedaran dan mungkin boleh menambah pengetahuan bagi anda yang berminat untuk tahu lebih lanjut tentang insurans.

Jika kita tidak memikirkan secara mendalam tentang apa itu insurans sebenarnya kita juga pasti akan berfikiran seperti diatas. Apabila terjadinya sesuatu perkara keatas diri kita ataupun orang disekeliling kita, barulah kita akan sedar tentang kepentingan insurans.



Merujuk kepada SITUASI 1, Adam merasakan yang dia tidak perlu mengambil insurans kerana syarikatnya telahpun mengambil insurans sebagai salah satu faedah yang disediakan. Unuk pengetahuan semua, insurans yang diambil oleh syarikat untuk pekerja adalah insurans kelompok dan selalunya meliputi 'Group Personal Accident Insurance', 'Group Hospitalization and surgical Insurance' dan 'Group Term Life'. Namun begitu, tidak semua syarikat menyediakan ketiga-tiga insurans ini sebagai faedah kepada pekerja.Jarang sekali bagi sesebuah syarikat memberitahu secara terperinci tentang perlindungan insurans yang diambil. Sebagai pekerja, kita berhak untuk tahu apakah perlindungan insurans dan had yang diambil oleh syarikat untuk kita. Jika syarikat menyediakan ketiga-tiga insurans kepada kita, alhamdulillah....tetapi bagaimana jika perkara dibawah berlaku?:


1) Anda berhenti atau bertukar kerja
Sekiranya syarikat baru kita turut menyediakan faedah insurans yang sama, kita mungkin tidak perlu risau. Cuma, apa yang dikhuatirkan jika kita perlu dimasukkan hospital disebabkan penyakit atau kemalangan pada awal kemasukan didalam polisi insurans.Perlu diingatkan yang terdapat syarat 30 hari tempoh menunggu dan 120 hari pengecualian bagi penyakit tertentu dan yang paling utama penyakit sediaada tidak akan diberi perlindungan.

2) Anda disahkan menghidap salah satu daripada penyakit kritikal dan tidak berupaya untuk bekerja?
Penyakit kritikal boleh dilanjutkan sebagai perlindungan tambahan sekiranya sesebuah syarikat mengambil 'Group Term Life insurance'. Namun begitu, hanya sebilangan kecil syarikat yang menawarkan manfaat ini kepada pekerja. 

SITUASI 2 - Banyak mana pun simpanan yang kita ada kadangkala belum tentu boleh menjamin ketidaktentuan dimasa akan datang lebih-lebih lagi dizaman sekarang dimana kita terdedah kepada pelbagai kemungkinan penyakit yang kadang kala jarang berlaku pada orang-orang yang terdahulu. Apatah lagi kos perubatan yang semakin meningkat dari hari ke sehari. Mengapa anda perlu menghabiskan kesemua simpanan anda untuk kontingensi yang anda boleh pindahkan dengan mengambil insurans. Apalah sangat jumlah premium yang anda bayar berbanding dengan simpanan anda yang boleh habis dalam sekelip mata. Apa pula yang akan jadi selepas itu? Dengan keadaan kesihatan anda mampukah anda untuk menerima tekanan yang kesemua wang anda habis untuk kos rawatan? Bagaimana untuk menanggung keluarga, bayar hutang dan sebagainya?


SITUASI 3 - Pengetahuan tentang insurans amat penting sebelum anda memilih perlindungan yang sesuai. Insurans bukanlah satu penipuan. Kesilapan yang sering dilakukan ialah cuba mendapatkan perlindungan dengan harga yang murah. Ini adalah mustahil. Jumlah premium bergantung kepada beberapa faktor seperti umur, pekerjaan, jantina, jumlah diinsuranskan dan perlindungan yang ditawarkan. Dengan membayar premium sebanyak RM50 sebulan janganlah anda harapkan perlindungan sehingga RM100,000 ataupun kemudahan kad perubatan sekiranya dimasukkan ke hospital. Oleh itu, tetapkan apakah tujuan anda mengambil insurans. Jika anda mempunyai peruntukan yang terhad, fikirkan apakah yang paling anda khuatiri. Jika anda perlukan bantuan, carilah ejen insurans yang jujur dan ikhlas untuk membantu dan bukannya bertujuan untuk menambahkan jualan semata-mata. Yang paling penting, carilah ejen yang berpengetahuan.